Latar Yang Terdapat Dalam Sulalatus Salatin
Latar
ialah yang berkaitan dengan waktu, lokasi, watak suasana berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya. Latar dalam
karya terbahagi kepada tiga iaitu:
v Latar tempat
v Latar masa
v Latar masyarakat
LATAR TEMPAT
Tempat berlakunya
sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Latar tempat dalam karya-karya satera
berfungsi sebagai media kepada para pelaku (watak-watak) untuk menjalankan
gerak kerja mereka. Tanpa latar tepat yang sesuai, jalan cerita akan menjadi
hambar dan tidak menarik.
1.
Bukit Si Guntang.
Tempat dimana tiga
orang anak Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Kristina Pandita dan Nila Utama
telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu
jantan berwarna putih. Mereka telah
dijumpai oleh Wan Empuk dan Wan Malini lalu ketiga-tiga mereka dijemput oleh
Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu yang
dinaiki mereka telah memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki didalamnya
yang dinamai Batala.
2. Minangkabau
Tempat dimana
berlakunya peristiwa Sang Si Perba diuji kesaktiannya. Penduduk di Minangkabai
mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti
Mona. Sang Si Perba meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang kepada
seorang hulubalang yang bernama Permasku Mambang. Beliau Berjaya membunuh ular
tersebut. Namun curik itu telah sumbing dan baginda kekal berkerajaan di
Minangkabau.
3. Temasik
Seri Teri Buana
ingin telah keluar dari Palembang untuk membuka
negeri baru, STB telah diambi sebagai anak angkat oleh Wan Teri Beni dan
menjadi raja Bintan selama 2 tahun. STB meneruskan lagi berjalanannya sehingga
Temasik. Sesampainya mereka di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda rebut
taufan, untuk meredakan rebut taufan tersebut, STB telah meletakkan mahkotanya
di permukaan air laut. Lantas, baginda telah melihat seekor singa berada di
atas bukit di Pulau Temasik itu. Namun singa itu ghaib apabila orang ramai
melihatnya. STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu
berkerajaan disitu.
4. Singapura
Selepas Tun Jana
Khatib dibunuh kerana dituduh ingin menunjukkan kehebatannya kepada isteri
Paduka Seri Maharaja. Singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak
menyebabkan ramai rakyat Singapura terbunuh.Paduka Seri Maharaja telah menyurh
rakyatnya berkubukan betis, ini menyebabkan semakin ramai rakyatnya terbunuh.
Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikannya
budak itu menimbulkan kerisauan dihati pembesar. Mereka encadangkan budak itu
dibunuh.
LATAR MASA
Menunujukkan bila peristiwa itu berlaku,
merujuk kepada zaman, era, sejarah dan musim.
1.
Dari pagi-pagi hari
Dari pagi-pagi hari lagi Seri Rakna Wikrama
sudah keluar dihadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk menghadap.
(halaman 53)
2.
Selang dua tahun
Selang dua tahun, datanglah peredaran dunia,
maka baginda SeriTeri Buana pun mangkat, ditanamkan orang di Bukit
Singapuraitu, tiada beberapa jauh dengan Wan Seri Beni ( halaman 44).
LATAR MASYARAKAT
Adalah gambaran kehidupan masyarakat yang ada
di dalam karya.
1. Masyarakat yang setia
Taat setia menurut
kemus dewan edisi ke-empat adalah sifat yang sentiasa menurut, patuh, tidak
mengingkari, patuh pada seseorang atau sesuatu; patuh pada pemerintah.
Berdasarkan makna dalam konteks teks Sulalatus Salatin, taat setia adalah sifat
patuh kepada pemerintah terutamanya. Unsur taat setia ini banyak terdapat dalam
teks Salatus Salatin. Berikut merupakan contoh-contoh bagi unsur taat setia
yang terdapat dalam teks Salalatus Salatin.
i) Kesetiaan Hang Tuah
Hang Tuah merupakan
seorang laksamana dalam pemerintahan kesultanan Melayu Melaka. Dalam teks
Salalatus Salatin, Hang Tuah menunjukkan kesetiaannya yang tidak berbelah
bahagi terhadap raja. Taat setianya terserlah semasa belaiu dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan
yang belum dibuktikan kebenarannya. Ketika
menerima hukuman itu, beliau langsung tidak menentang hukuman tetapi
sebaliknya menerima dengan penuh taat. Ketika Hang Jebat menimbulkan huru hara,
Hang Tuah dipanggil semula oleh sultan Mansur. Hang Tuah tidka menggunakan
kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap penganiayaan baginda, sebaliknya
bersikap taat setia.
ii) kesetiaan Bendahara Paduka Raja
Gelaran Bendahara
Paduka Raja diberikan kepada tun Perak setelah beliau menjadi bendahara Melaka.
Anak Tun Perak iaitu Tun Besar telah dibunuh oleh raja Muhammad, Putera Sultan
Mansur dan bakal raja Melaka hanya disebabkan oleh bola raga yang disepakkan
oleh Tun Besar terkena destar baginda. Peristiwa pembunuhan itu telah membangkitkan
kemarahan dalam kalangan pengikut Bendahara Paduka Raja. Walaubagaimanapun,
atas kesedaran bahawa istiadat hamba Melayu tidka pernha derhaka, Tun Perak
melarang mereka daripada membunuh Raja Muhammad, sebaliknya bertindak dengan
tidak pertuankan Raja Muhammad.
iii) Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja
Bendahara Seri
Maharaja Tun Mutahir adalah bapa saudara kepada Sultan Mahmud. Pada penghujung
penguasaannya sebagai Bendahara Melaka, beliau kurang disenangi oleh Sultan
Mahmud. Hal ini kerana Bendahara Seri Maharaja tidak mempersembahkan anaknya
Tun Fatimah kepada baginda sedangkan pada waktu itu baginda sudah kematian raja
perempuan/permaisuri. Malah bendahara mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan
Tun Ali. Oleh itu Kitul, Raja Mendalir dan Laksamana Khoja Hasssan, memfitnah
bahawa bendahara kerana iri hati dan ingin merampas kuasa. Sultan Mahmud yang
mendendami bendahara itu telah menjatuhkan hukuman mati terhadap beliau dan
sekeluarga tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu. Keluarga dan pengikutnya
marah, mereka datang dan bersedia untuk menentang Sultan tetapi Bendahara Seri
Maharaja telah mengingatkan bahawa adat Melayu tidak pernah derhaka.
Berdasarkan contoh
yang dinyatakan ini menunjukkan kesetiaan rakyat kepada pemerintahnya. Ini
kerana, pada waktu Sultan berkuasa mutlak dan mempunyai daulat. Dipercayai jika
ada yang menderhaka kepada sultan maka orang itu akan mendapat tulah.
Kedaulatan yang dimiliki oleh Sultan ini menjadikan mereka diagung tinggi oleh
rakyatnya walau Sultan berlaku zalim pada rakyat.
2. Masyarakat yang berwibawa
Sifat kewibawaan
ini boleh dilihat melalui watak Tun Perak. Kewibawaan Tun Perak terserlah
sewaktu Melaka menghadapi ancaman Siam, kecerdikkan Tun Perak mengusir Siam dan
menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat
hati Sultan. Lalu, Tun Perak telah dilantik sebagai Bendahara.
3. Masyarakat yang cekap menjalankan
tugas-tugas dalam pentadbiran Melaka.
Tun Perak sebagai
bendahara cekap dan bijak dalam mengarang surat untuk dihantar ke Siam. Isi
kandungannya terselit unsur diplomasi, maksud mendalam yang tersirat dan
baris-baris ringkas, pendek tetapi jelas.
4. Masyarakat yang baik budi pekerti.
Sifat baik budi
pekerti ini ditunjukkan melalui watak Tun Mutahir. Oleh kerana kehebatannya
dalam perniagaan, Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung dan digelar Seri
Maharaja. Setelah Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Tun Mutahir
dilantik sebagai Bendahara. Tun Mutahir mempunyai sikap baik budi pekerti,
beliau menjalinkan hubungan yang baik dan menjaga kebajikan pedagang-pedagang
di Melaka sehingga namanya masyur dikalangan mereka.
No comments:
Post a Comment