LATAR TEMPAT SEJARAH MELAYU
Apabila kita membaca
Sejarah Melayu, kita perlu memahami beberapa latar tempat penting yang menjadi
panduan kita. Berikut adalah latar penting bagi Sejarah Melayu:
NEGERI KIDA
HINDI.
v Negeri ini penting dikenali kerana menjadi jajahan takluk Iskandar
Zulkarnain ketika hendak melihat negeri Matahari Terbit.
v
Iskandar Zulkarnain telah
berkahwin dengan puteri Shahrul Bariah.
v
Lalu lahirlah keturunan raja
melaka sehinggalah pemerintahan Raja Suran.
v
Raja Suran dikatakan mewarisi
sifat Iskandar Zulkarnain yang hebat dalam peperangan dan penakluk yang hebat.
v
Setelah ditipu oleh orang-orang
China, barulah kegiatan penaklukan bertukar kepada penerokaan negeri bawah
laut.
v
Raja Suran telah turun ke dalam
laut dengan peti kaca berpesawat. Rajanya bernama Aktabul Ard, dari kaum Bu Sum
yang rakyatnya separuh kafir dan separuh Islam.
v Seterusnya, perkahwinan Raja Suran dengan puteri Mahtabul Bahri telah
melahirkan tiga orang putera Nila Utama, Nila Pahlawan dan Krisyna Pendita.
BUKIT SIGUNTANG MAHAMERU.
v Negeri ini adalah tempat mula-mula tiga orang putera Raja Suran
mendarat dengan menggunakan kenderaan seekor lembu dari negeri bawah laut.
v
Kehadiran mereka telah menyebabkan
persekitaran Bukit Siguntang menjadi bercahaya pada waktu malam. Setelah
diperiksa oleh Wan Empuk dan Wan Malini, didapati kawasan perhumaan mereka
telah berubah dimana pokok padinya bertukar sifat.
v
Pokok padi telah berbuahkan emas,
berbatangkan perak dan daunnya suasa.
v
Pertemuan tiga anak raja dengan
Demang Lebar Daun telah menjalin hubungan baik antara golongan raja dan rakyat.
v
Peristiwa perkahwinan putera Raja
Suran dengan anak Lebar Daun telah melahirkan sebuah Waad atau perjanjian
antara pihak raja dan rakyat.
v
Setelah perjanjian, maka tiga
orang anak raja ini telah menjadi raja di tempat masing-masing iaitu di Tanjung
Pura, Minangkabau dan Singapura.
SINGAPURA
v Nila Utama telah membuka Singapura dan menjadi raja di sana bergelar
Seri Teri Buana.
v
Peristiwa pembukaan Singapura
bermula dengan perkembangan negara berkenaan yang sangat hebat.
v
Terdapat cerita hubungan Singapura
secara anakronisme dengan Majapahit.
v
Singapura sangat hebat terutama
dalam peristiwa tatal kayu dan kepala budak ditarah.
v
Seterusnya Badang yang telah makan
muntah hantu menjadi kuat dan menjadi lambang kekuatan Singapura.
v
Cerita perkembangan Singapura
terhenti sebentar apabila buku ini menyelitkan peritiwa di Semundera Pasai yang
bermula dengan kisah pembukaan negeri berkenaan.
v
Setelah cerita Semundera Pasai
tamat, kisah dalam Sejarah Melayu telah kembali semula ke Singapura.
v
Pada kali ini kisah di Singapura
lebih menjurus kepada faktor-faktor kejatuhan pemerintahan. Kisah bermula
dengan Pembunuhan Tuan Jana Khatib, Singapura dilanggar todak dan pembunuhan
anak Sang Rajuna Tapa.
v
Pemerintahan Sigapura berakhir
dengan kedatangan tentera Majapahit yang dijemput oleh Sang Rajuna Tapa serta
tentera Singapura yang kelaparan kerana beras disorokkan. Pintu kota dibuka dan
Singapura alah.
v Sang Rajuna Tapa dan keluarga menjadi batu dan raja Singapura melarikan
diri ke Johor.
SEMUNDERA PASAI
v Pembukaan negeri dengan kisah Merah Silu menahan lukah dan mendapat
cacing gelang-gelang.
v
Cacing gelang-gelang direbus dan
menjadi emas.
v
Peristiwa semut besar menyebabkan
nama tempat Semundera dan anjing yang menyalak bernama Pasai meneybabkan nama
tempat bernama Pasai.
v
Kemudian berlaku kisah Merah Silu
memeluk Islam dan bertukar nama menjadi Sultan Maliku Saleh.
v
Maliku Saleh meninggal dan dua
orang anak baginda dilantik menjadi pemerintah Semundera dan Pasai. Mereka
ialah Maliku Mansur dan Maliku Tahir.
v
Berlaku kisah Maliku Tahir ditawan
oleh raja Shahrun Nuwi dan dijadikan gembala ayam.
v
Kemudian berlaku kisah Maliku
Mansur mengambil seorang dayang Maliku Tahir ketika melawat adindanya (Maliku
Tahir yang tiada di istana kerana telah diculik)
v
Maliku Tahir telah diselamatkan
oleh mangkubuminya Sidi Ali Ghiatuddin dengan cara menyamar sebagai saudagar
arab yang mampu memberi hadiah istimewa.
v
Apabila kembali ke Pasai, baginda
telah mendapati dayangnya telah diambil, maka beliau telah merancang untuk
menangkap Maliku Mansur.
v
Akhirnya Sidi Asma Yaumiddin
ditangkap dan dipancung. Sultan Maliku Mansur pula dibuang negeri.
v Akhirnya ketika Maliku Mansur dipanggil kembali dari buangan, baginda
telah meninggal dunia di atas kubur Sidi Asma Yumiddin di suatu tempat bernama
Padang Maya.
MELAKA.
v Pembukaan Melaka
v
Raja Melaka memeluk Islam
v
Pemerintahan Sultan Muhammad Syah
v
Pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
v
Pemerintahan Sultan Mansur Syah
v
Pemerintahan Sultan Alaudin Riayat
Syah
v
Pemerintahan Sultan Mahmud Syah
v Kejatuhan Melaka ditangan Portugis.
JOHOR LAMA
v Pusat pemerintahan Melaka selepas ditawan Portugis
No comments:
Post a Comment